Bismillahirrahmanirrahim..
2 September 2013 | Minyak naik.
Kerajaan memutuskan untuk menaikkan 20 sen harga minyak petrol RON 95. Alasan yang mudah adalah kerana kerajaan ingin mengurangkan subsidi yang di tanggung.
Pasti. Sangat pasti. Harga barangan dan perkhidmatan lain akan berantaian naik. Percayalah!
Pihak yang berkaitan akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan di saat kerajan menegaskan akan mengambil tindakan sekerasnya kepada pihak yang sewenangnya menaikkan harga. Ini kesan berantaian atau domino effects hasik kenaikan minyak.
Saya bukan ahli ekonomi. Biarlah mereka yang ahli sahaja yang membuat analisa. Membuat kajian dan bentangkan kepada rakyat.
Saya hanya ingin menyimpul kenaikan ini sebagai rakyat marhaen. Memahami keadaan sekeliling. Baik suami saya, jiran, keluarga, pelanggan perniagaan online dan komuniti taman perumahan. Ini persekitaran terdekat saya.
Rakyat Malaysia hakikatnya pelbagai.
Yang mewah.
Yang menengah.
Yang susah.
Maka,
Santunilah mereka yang susah.
20 sen mungkin tiada apa-apa bagi sesetengah kita.
Tetapi kita tidak tahu kehidupan yang di lalui orang lain, hatta jiran sebelah rumah sekalipun!
Hakikat.
Masih ada rakyat yang menghitung syiling.
Masih ada yang teruk bekerja terkontang kanting.
Mereka tidak ada slip gaji.
Mereka tidak ada KWSP atau SOCSO.
Kerja mereka keluar pagi pulang dinihari.
Janganlah kita berbicara.
"20 sen je?"
"Itupun nak bising?"
Sembang kalian sembang manusia berharta.
Sembang kalian sembang orang konon penuh wibawa.
Sedangkan mereka FB pun tiada.
Kerja kuat lebih daripada si sarjana muda.
Kerja lebih keras daripada mereka yang phD atau Master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..mereka tidak berharta.
Salah mereka tidak berusaha di usia muda.
Atau segala yang di usaha serba tidak kena.
Tetapi adakah kita cukup berilmu untuk menjadi penindas mereka??
Kalau lah ini sistem kehidupan.
Dan kita merelakan sistem ini.
Saya tidak redha.
Kerana saya tidak mahu hilang perikemanusiaan.
Oleh itu.
Berhati-hatilah.
Dalam berkata-kata mahupun dalam tindakan.
Bimbang ada hati yang tersinggung.
Bimbang ada hati yang menangis.
Berdoalah agar ALLAH mencukupkan rezeki setiap dari kita.
Sehingga tidak perlu meminta-minta.
Mari kita bekerja lebih keras!
Untuk pemimpin.
Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bersama merasai susah rakyat.
Jika kami perlu berjimat, kerajaan apatah lagi!
Jika kami perlu belajar sedikit susah, kerajaan juga begitu!
Jika kami perlu bantu kerajaan, kerajaan lebih lagi perlu membantu rakyat!
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment