Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah.
Hampir setahun saya mengusahakan bisnes atas talian. Galeri Muslimah Impian Mimi adalah impian saya dalam perniagaan. Ingin membina legasi perniagaan, meluaskan jaringan (networking). Melahirkan ummat Muhammad yang kukuh ekonomi.
Bermulanya bisnes ini adalah kerana MINAT. Apabila ada minat kemudian timbul pula KEPUASAN.
Rupanya minat sahaja tidak memadai. Kepuasan sahaja tidak mencukupi. Bisnes WAJIB ada ILMU.
Tetapi hingga ke saat ini terasa sedikit ilmu bisnes yang di pelajari. Semakin saya membaca nota bisnes, terasa semakin zero. Haishh~~
Saya ingin berniaga seperti Rasulullah.
Maka, saya perlu menggali jejak bisnes Rasulullah. Membaca, membaca dan membaca.
Hari ini saya bertemu nota bisnes dari Pakdi Suzardi M. Beliau adalah pembimbing di Rancang Wang.com. Saya kerap mengikuti perkongsian beliau di web mahupun Facebook. Boleh layari laman Facebook beliau di Pakdi Suzardi.
Nota hari ini Pakdi.
Apabila seorang Ansar bertemu dengan Nabi Muhammad saw di Madinah, memberitahu situasinya, Nabi bertanya apa yang dia ada di rumah?
Kain hamparan lelaki Ansar ini dilelong, dibeli sebanyak 2 dirham dan hasilnya dijadikan modal untuk berniaga dan untuk makan. Modalnya hanya cukup untuk membeli kapak. Dengan kapak itu Nabi suruh pergi cari kayu api. Kayu api itu dijual kepada orang ramai dan mendapat keuntungan 15 dirham.
.
Ini adalah konsep bermula dengan apa di tangan.
Jika kita modal RM 100, berniaga dengan gaya RM 100. Jika kita ada modal RM 100,000 berniaga dengan gaya RM 100,00.
Nabi Muhammad saw tidak buat Bank Ansar untuk membantu orang Ansar hidup di bumi mereka sendiri.
Saya ingin terus belajar ilmu bisnes ini. Saya ingin berjaya dengan ilmu. Saya ingin menguasai Teknik Bisnes Nabi.
Semua orang boleh berjaya dalam perniagaan tetapi tak semua orang boleh berjaya dalam perniagaan yang di sertai dengan ILMU.
In sha ALLAH saya akan terus berkongsi ilmu bisnes dari mereka yang ahli di sini. Sama-sama kita belajar dan terus belajar.
Peniaga yang bertaqwa, berjaya dan berilmu!
Impian saya.
Ya ALLAH, mudahkan...
Ameen.
No comments:
Post a Comment