Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Belum pun hilang kesedihan tragedi kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang Ustazah bersama tiga orang anaknya. Hari ini kisah tragis lagi berlaku.
Kisah sebegini tidak mahu kita dengar, apatah lagi melihat gambarnya. Akan tetapi sudah tersurat beginilah pengakhiran hidup seorang kanak-kanak berusia 2 tahun.
Sayu hati melihat gambar ini. Hiba hati seorang ibu melihat anak sudah terkulai layu.
Walaupun saya tidak mengenali keluarga mereka, namun saya juga seorang ibu. Anak saya juga lebih kurang usia ini. Hati saya terasa luluh dan sebak turut sama berkongsi rasa duka.
Kisah menyayat hati ini berlaku di Ipoh. Jasad kanak-kanak lelaki tersebut di temui dalam keadaan terduduk secara melutut manakala kedua belah tangan memegang sepasang selipar.
Lebih menyedihkan lagi apabila kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengahari itu berlaku selepas abang mangsa yang berusia empat tahun menghidupkan enjin kereta bapanya sebelum kanak-kanak itu memasukkan gear undur.
Tindakan si abang itu menyebabkan kereta jenis Mazda tersebut bergerak secara mengundur lalu merempuh si adik yang ketika itu di belakang kereta sedang mengambil selipar.
Berita penuh boleh baca di sini.
Semoga ibu, bapa serta keluarga mangsa di beri ketabahan dan kekuatan oleh ALLAH swt. Tabah lah hati kalian menerima takdir ALLAH.
Abang mangsa juga perlu di bantu agar tidak trauma dan perasaan bersalah terus menyelubungi seumur hidup. Umur empat tahun apalah yang dia tahu.
Ambil lah pengajaran. Mari kita doakan kebaikan dan ketabahan buat keluarga ini.
Al fatihah.
No comments:
Post a Comment