Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Pagi Jumaat yang indah.
ALLAH melapangkan waktu untuk kami menghabiskan masa bersama di Ulu Legong Hot Spring, Baling, Kedah. Dah lama saya merancang untuk ke kolam air panas ini. Tapi sentiasa tidak menjadi. ALLAH perancang yang terbaik.
Hari ini tanpa perancangan rapi, kami bergerak ke Baling.
Tujuan utama saya nak relaks kan diri. Dan sejak akhir in pula, saya sering sakit-sakit di bahagian pinggang. Kadang-kadang seluruh badan. Orang kata elok kalau mandi di kolam air panas untuk membetulkan urat-urat dan sendi..
Jadi...
Kami bertolak seawal jam 7 pagi. Singgah sekejap bersarapan. Perjalanan kan masih jauh lagi. Dari Alor Setar, perjalanan di jangka mengambil masa 1 jam setengah. In sha ALLAH kami sampai jam 9. Jika tidak sesat lah!
Alhamdulillah perjalanan dan trafik lancar. Kami tiba seperti dijangka.
Ini pintu gerbang menyambut kedatangan kami. Nampak lengang sahaja. Bimbang tutup pula hari ini. Maklum hari Jumaat kan?
Tapi tidak! Hot Spring di buka seperti biasa. 24 jam. 7 hari seminggu. Cuma hari ini, tepatnya siang hari memang orang tak ramai. Patut lah...
Jadi, kami membeli tiket untuk 2 orang. Insyirah percuma. Belum empat tahun tak perlu bayar yuran masuk.
Tiket dah beli.
Jom masuk!
Saya teruja.Kami masuk. Dah nampak kolam-kolam seperti yang saya google malam sebelumnya. Pandangan pertama saya tentang tempat ini-BERSIH!
Memang tidak ramai orang hari ini. Termasuk kami hanya 3 keluarga sahaja. Jadi memang best lah! Insyirah juga teruja.
Tak sabar nak masuk kolam.
Kolam yang mula-mula nampak bila masuk ke tempat ini.
Airnya suam sahaja. Sesuai untuk anak-anak kita.
Ini kolam kedua.
Juga kolam air suam. Kurang panasnya.
Lihat aksi ini!
Tak sangka dapat snap gambar ni.
Encik Suami dan Insyirah dah mula masuk kolam.
Excited!
Sesuai sekali kita datang ke sini waktu awal pagi. Cuaca masih sejuk dan dapat pula mandi air suam dan panas, memang terbaik!
Orang pula tak ramai, kita pun tak segan. Boleh berpindah kolam sesuka hati.
Mengikut pekerja di situ, waktu malam hari bermula jam 11 sehingga subuh orang memang ramai.
Saya beri gambaran orang di malam hari. Gambar ini dari uncle google. Selainnya dari kamera saya ya.
Ramai kan?
Ini pula kolam air yang suhunya tinggi. Ada yang mencecah sehingga 50-60 C.
Kami selesa mandi di sini.
Tengok, tiada orang kan?
Kami menghabiskan masa di sini selama lebih kurang 3 jam. Tak terasa cepatnya masa berlalu. Kami harus pulang kerana ingin mengejar waktu solat Jumaat. Perlu sampai di rumah sebelum jam 1.
Bagi yang datang dari jauh, dan ingin pula bermalam di sini, pihak Ulu Legong Hot Spring ada menyediakan chalet dan rumah rehat. Harga dan bilik ditawarkan adalah pelbagai. Mengikut bajet dan bilangan orang.
Di belakang kolam tu adalah contoh chalet yang di sediakan.
Pool view.
Chalet ada di atas. Gambar sedikit jauh.
Yang berbumbung putih itu tempat permainan paint ball.
Seperkara lagi yang saya suka tentang tempat ini adalah bilik air.
Kenapa? BERSIH!
Nak lihat?
Saya mencadangkan tempat ini kepada sahabat pembaca. Tidak rugi. Boleh bawa ibu ayah juga.
In sha ALLAH di masa dan waktu yang lain, kami akan kembali lagi ke sini bersama ibu ayah dan ibu ayah mertua.
Saya kongsikan view cantik di sini.
Perjalanan indah. Percutian sebentar yang indah. Syukur ya ALLAH.
Bercutilah!
Masa bersama keluarga adalah momen paling berharga.
Wajah anak ibu yang keletihan mandi.
Dan tak mahu pulang.
Nanti kita datang lagi ya sayang.
Saya kira setakat ini, entri ini paling meriah dengan gambar!
Saya secara tidak langsung mengajak sahabat pembaca berkunjung ke sini.
Jumpa lagi di entri berikutnya ya.
Wassalam.
seronoknyaa... saya pun belum pernah sampai.. hehe thank u for sharing kak Mimi! :)
ReplyDeleteNabilah ajak suami nanti tau! Best! Hana mesti taknak keluar kolam..hehe..thanks sudi singgah blog kak mimi :)
Delete