Monday 9 September 2013

Sedikit ujian selepas selautan nikmat.

Bismillahirrahmanirrahim..



Sesungguhnya Dia (ALLAH swt) yang mengujimu dengan sedikit masalah, adalah Dia yang selama ini membanjirimu dengan lautan nikmat. Maka berbaik sangkalah kepada Nya...

Jika beban yang engkau rasakan saat ini begitu memberatkan pundakmu, maka berbahagialah! Kerana Dia telah percaya bahawa pundakmu kuat memikulnya.

Jika harapanmu tak terwujud, maka berbahagialah, kerana Dia percaya kita akan tabah menerimanaya.

"Fabiayyi aalaaa irabbikuma tukadzibaan"
(Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)

Sebanyak 31 kali ALLAH mengulang kata-kata ini dalam al Quran (surah ar Rahman).

Setiap dari kita pasti di uji. Hadapilah dengan hati. Hati yang murni.
Siapalah kita untuk membantah ketentuan Illahi.
Dari Nya kita datang dan kepada Nya juga lah kita 'pulang' nanti.

Pasti ada cahaya di hujung terowong itu!

Rencana ALLAH itu lebih baik dari rencanamu.
Jadi tetaplah berjuang dengan berdoa.
Hingga kita akan menemukan bahawa ternyata ALLAH memberikan yang terbaik untukmu.

Maka dengan itu, Jom!
Hadapi hari-hari kita dengan senyuman dan hati yang positif.
Semoga kehadiran kita membahagiakan mereka di sekeliling.

Doakan esok yang baik, cerah dan bahagia.
Doakan dunia yang aman dan bahagia.

Ameen.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment