Monday 9 September 2013

Pulang Bertemu Tuhan.

Bismillahirrahmanirrahim..

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

sumber gambar: sinar harian

Hujan lebat seolah menangisi pemergian ibu dan tiga orang anak pulang bertemu Tuhan. Redup dan sayu hati menangis tatkala membaca berita duka pagi ini.

Namun, apalah sangat jika di bandingkan dengan remuk dan luluhnya hati seorang suami dan ayah ketika di beritakan tentang kemalangan seterusnya menyebabkan kematian isteri dan tiga orang anak tidak dapat di gambar.

Kemalangan tragis ini berlaku di Jalan Kajang-Banting. Boleh rujuk berita penuh di sini

Allahyarhamah Ustazah adalah seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Sekolah saya dahulu ketika menetap di Bangi.

Tiga daripada empat anak juga meninggal dunia, menjejak si ibu. Kini hanya tinggal seorang yang masih hidup sedang bertarung nyawa kerana di khabarkan mengalami kecederaan serius.

sumber gambar: FB DPP Malaysia

Ini lah wajah Allahyarham Ustazah Rohaya, Ustaz Taufiq dan anak-anak mereka. Nyata gambar ini tinggal sebagai kenangan manis buat keluarga yang di tinggalkan.

Tabahkan ya ALLAH hati suami dan ayah anak-anak ini.
Engkau Maha Tahu bahawa pundaknya akan kuat memikul ujian Mu ini.
Engkau gantikan lah kesedihan beliau dengan kegembiraan.

Semoga seorang lagi anak yang mengalami kecederaan itu di beri kesembuhan oleh ALLAH.

Kehilangan empat orang tersayang dalam sekelip mata adalah ujian yang sangat hebat!
Bersama kita doakan agar suami juga ayah serta keluarga yang di tinggalkan mendapat ketabahan dan kekuatan.

sumber gambar: FB DPP Malaysia

Damailah di sana wahai Ustazah dan putera puterimu.
Semoga kalian adalah penghuni syurga ALLAH.

Al fatihah.


Wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment