Monday, 9 September 2013

Pesona Hijab mu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Hijab bukan pilihan tetapi ketentuan. Memenuhi perintah ALLAH. Murni kerana ALLAH swt.

Maka, saat ada sesuatu yang menggoda iman kita untuk melepaskan hijab, pastikan ia tak akan berpengaruh sama sekali!

Apapun yang terjadi, meski karier di hadapan mata harus melayang, meski yang tersayang harus pergi meninggalkan. Everything is Okey!

Yang penting hijab tetap terjaga.

Kalaupun niat awal (ingat, niat awal! bukan seteruanya), memakai hijab bukan kerana ALLAH, misalnya kerana di suruh ibu bapa atau suami, atau juga mengikut trend, it's ok!
Yang penting sudah menutup aurat!

Yang penting setelah itu, niatkan semuanya kerana ALLAH.

Kerana dengan hijab, selain kamu terlihat lebih cantik dan anggun, orang tua pasti semakin sayang. Suami makin cinta. Dan dirimu juga terlindung dari api neraka.

Indah bukan? Bonus dunia-akhirat dengan hijabmu.

Sahabat Muslimah, ingatlah hijab bukan sekadar penampilan, fesyen, atau apa pun yang di niatkan untuk dilihat orang.

Makna hijab sangatlah mendalam, selayaknya solat dan puasa, kerana ALLAH menetapkan perintah hijab di dalam ayatNya. ALLAH juga menetapkan kita untuk menutup aurat dan melabuhkan hijab sehingga menutupi dada.

Mengapa ya?

Selain sebagai bentuk ibadah kepada ALLAH, juga terkandung hikmah yang sangat besar. Antara lainnya, iaitu agar kita tidak di ganggu dan memiliki pesona khas di bandingkan dengan wanita non Muslim.

ALLAH itu sayangkan kita.

Yang sudah memakai hijab, kita bersama istiqamah.
Kita bersama melabuhkan hijab seperti yang di tuntut.

Hati senang, tenang dan bahagia melihat ramai sudah selebriti yang memilih untuk berhijab.
Semoga ALLAH memelihara mereka, dan kita serta saya.

Cantik dan suka lihat mereka ni! Manis mereka berhijab.







Pilih lah pakaianmu yang memudahkan langkahmu ke syurga.
Jadi lah bidadari dunia jua akhirat.

Ameen.

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment