Friday, 27 September 2013

Jasad mu pergi, juang mu abadi.


Bismillahirrahmanirrahim...

Kalam ku kaku.
Tatkala ingin menukil sebuah catatan ringkas sepanjang bermastautin di sini.
Di negeri jelapang padi, Kedah.

Di sini musafir solo saya berakhir untuk melestari sebuah keluarga sakinah mawaddah dan rahmah.

5 tahun yang sudah.
Tepatnya Disember 2008.

Saya berhijrah ke Kedah.
Menumpang berteduh di bumi yang hijau nan aman.
Mengikut Encik Suami yang mencari rezeki di sini.

Saya berteleku melanjutkan tawakkal.
Saat mama papa, adik-adik dan saudara serta taulan mula meninggalkan.
Di majlis menyambut menantu itu.
Saya dan Encik Suami kini bersatu.

Di sini damai.
Aman.
Sesuai namanya Kedah Darul Aman.

Pemastautian saya di sini saat Kedah menerima kerajaan baru.
Mendapat Menteri Besar yang baru.
Menteri Besar pertama bukan dari parti Barisan Nasional.

Beliau lah Ustaz Azizan Abdul Razak.

Sosok yang berkarisma.
Berilmu dan berwajah tenang.
Maka di mana-mana saya dapat melihat wajahnya.
Baik di billboard, banner atau kain rentang.

Sudah rencah kerajaan, pasti ada yang mempertikai itu dan ini.
Beliau memberi respon segera atas pelbagai isu.
Itu lah Ustaz Azizan.
Tegas dalam tenangnya.

Antara usaha yang amat beliau amat peduli adalah pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Banyak pihak membantah lantaran sumber terhad kerajaan, namun tekad beliau mantap.

Maahad Tahfiz Sains di Langkawi juga di usahakan beliau.
Jelas niat murni membentuk generasi muda Rabbani.
Mnegenal hidup mengenal Illahi.

Hanya ALLAH tempat berharap di samping usaha yang tidak pudar.

Di sisi lain pula..

Kehidupan peribadi beliau banyak di perkatakan orang Kedah. Terkenal 'cengey' atau garang tetapi berhati lembut. Hidup beliau saling tak tumpah seperti rakyat biasa.
Tinggal di rumah sendiri.
Masih berpakaian baju-baju dari kedai biasa. Tak ada yang branded.
Mungkin ini yang sebenar-benarnya mendengar denyut nadi rakyat.

Saya tidak pernah bersua muka dan bertemu mata dengan beliau.
Apatah lagi berbicara langsung.

Tetapi terasa dekat di hati.

Namun ketentuan ALLAH melebihi perancangan manusia.
5 tahun setelah pemerintahan..

Kesihatan beliau merosot di saat lelah jihad Pilihanraya Umum ke 13 masih berbaki.
Kemudian kaki beliau terpaksa di potong. Semuanya mendadak. Bagi mengelakkan komplikasi lebih parah.
Beliau di takdirkan menang di DUN Sungai Limau, tetapi kerajaan PAS Kedah tewas di peringkat negeri.

Sedih kami berganda.

Menangisi kedaan Ustaz Azizan ketika itu.
Menangisi kekalahan kerajaan PAS di Kedah.

Ternyata ALLAH lebih menyayangi Ustaz Azizan di saat kami masih memerlukan beliau.

Kondisi Ustaz semakin parah.
Membawa kepada kematian Ustaz Azizan.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...

Maka hari ini kami menangis lagi..
Menangis kerana Ustaz yang pergi tak akan kembali.
Mendung awan hari ini seakan memahami.


Saya peribadi mula merindui senyuman ini.
Sesungguhnya jihad Allahyarham Ustaz Azizan sehingga mati.
Semoga Ayahanda Allahyarham Ustaz Azizan di tempat yang mulia di sisi Illahi.

Doa dan airmata saya tumpah kerana kasihkan pemimpin seperti mu.
Termaktub sudah. Sampai di sini sahaja urusan mu di dunia.

Terima kasih Ustaz.
Untuk 5 tahun yang bermakna.

Bahagia saya 5 tahun di sini.

Hidup seorang pejuang telah berakhir.
Tetapi perjuangan mu tidak pernah akan berakhir.

Semoga kami bisa menjejaki perjuangan Nabiku sepertimu.



Selamat Jalan Ustaz.....

...

Semoga Jannah menantimu.....

...

.

Al fatihah.


Mimi.
Yang bermastautin di sini...











No comments:

Post a Comment