Monday, 9 September 2013

Pabila poligami itu bahagia.

Bismillahirrahmanirrahim...

Musim Haji telah tiba lagi. Menyahut panggilan Baitullah. Maka berbondong-bondong lah tetamu ALLAH bakal jemaah Haji memenuhi Kota Mekah.

Saya sangat mencemburui golongan terpilih ini. Sungguh cemburu!
Suatu hari yang sudah di tetapkan ALLAH, in sha ALLAH saya dan suami akan sampai jua ke Baitullah.
Saya sangat teringin.

Jadi berdoalah!
Berusahalah!


Subhanallah!
Pemandangan Kaabah yang indah.
Sampaikan kami ke sana, ya ALLAH.

Oh, sebenarnya saya ada cerita - rentetan cerita di artikel saya Poligami | Pelik ke?. Saya pernah berkongsi kisah poligami yang baik ini. Yang boleh di jadikan tauladan.

Saya tidak tahu mengapa, tetapi saya suka untuk berkongsi kisah kasih poligami mereka yang baik.

Begini..

Suami dan Isteri kedua telah menerima panggilan Baitullah untuk Haji kali ini. Saya dapat lihat riak kegembiraan di wajah isteri pertama yang amat saya kenal.

"In sha ALLAH awal bulan depan (September) ni depa beranngkat." Kata kak tersebut.
"Alhamdulillah." Hanya itu saya balas. Saya tidak tahu ingin bertanya apa selanjutnya. Bimbang soalan saya nanti mengguris.

"Kak tak boleh pi lagi Mimi. Anak-anak duk sekolah. Payah lah sikit. Biar lah Abang kak pi dulu dengan kak Na (sekadar nama samaran untuk isteri kedua)." Kak menerangkan tanpa saya pinta. Seakan tahu pula hati saya nak tanya apa!

"Baiknya akak. Tak apa kak. Masa akak akan sampai juga. Bila belum sampai masa kita, kita takkan sampai sana. Anak-anak Kak Na siapa yang jaga, kak?"

"Kak lah jaga. Senang sikit Mimi dari bagi orang lain jaga. Kak tahu dah budak-budak tu macam mana. Perangai depa, makan pakai depa. In sha ALLAH setahun dua lagi ka akak nak pi pulak."

Saya terkedu sebentar.

Hati saya seperti mahu menangis. Menangis gembira dan terharu kerana saya sedang berbicara dengan seorang isteri, madu dan ibu yang mulia hatinya.

Seminggu yang sudah saya berkesempatan bersembang-sembang lagi dengan kak.

"Ni kain baju apa pun belum siap. Minggu depan nak bertolak dah. Nak mai sila (jemput) Mimi juga lah ni. Ada buat kenduri sikit sebelum Abang pi Mekah. Buat di kampung. Mai lah na!"

"In sha ALLAH kak. Baiknya akak." Saya mengulang lagi. Kerana saya rasa kebaikan kak ini payah di cari.

Tiada cemburu.
Tiada sakit hati.
Tiada mengungkit.
Tiada memaki.

Dua hari yang lalu saya sempat melihat Kak Na (isteri kedua) bertamu ke rumah kak (isteri pertama). Mereka akrab seperti teman rapat. Bersalaman dan berpelukan mesra. Kak Na memberikan banyak buah tangan, di sambut penuh manis. Anak-anak yang melihat kelihatan senyum gembira.

Suami pasti melihat dengan lapang dada.

Suami yang baik akan mendidik isteri-isteri dengan baik. Dan mungkin inilah hasilnya. Alhamdulillah.

Pabila poligami itu bahagia. Melahirkan insan bahagia. Maka orang di sekeliling juga turut bahagia.
Poligami itu baik pabila orang yang melaksanakan itu baik agamanya. Patuh perintahNya.

Ya ALLAH payungilah keluarga mereka dengan sakinah mawaddah dan rahmah.


Hati yang indah ibarat taman bunga yang indah. Bahagia yang membahagiakan.

Mengharap penghargaan manusia yang payah berbaik sangka itu menyakitkan.
Cukuplah pandangan ALLAH yang membahagiakan dan menenangkan.

Wallahua'lam.




No comments:

Post a Comment