Friday, 27 September 2013

Jasad mu pergi, juang mu abadi.


Bismillahirrahmanirrahim...

Kalam ku kaku.
Tatkala ingin menukil sebuah catatan ringkas sepanjang bermastautin di sini.
Di negeri jelapang padi, Kedah.

Di sini musafir solo saya berakhir untuk melestari sebuah keluarga sakinah mawaddah dan rahmah.

5 tahun yang sudah.
Tepatnya Disember 2008.

Saya berhijrah ke Kedah.
Menumpang berteduh di bumi yang hijau nan aman.
Mengikut Encik Suami yang mencari rezeki di sini.

Saya berteleku melanjutkan tawakkal.
Saat mama papa, adik-adik dan saudara serta taulan mula meninggalkan.
Di majlis menyambut menantu itu.
Saya dan Encik Suami kini bersatu.

Di sini damai.
Aman.
Sesuai namanya Kedah Darul Aman.

Pemastautian saya di sini saat Kedah menerima kerajaan baru.
Mendapat Menteri Besar yang baru.
Menteri Besar pertama bukan dari parti Barisan Nasional.

Beliau lah Ustaz Azizan Abdul Razak.

Sosok yang berkarisma.
Berilmu dan berwajah tenang.
Maka di mana-mana saya dapat melihat wajahnya.
Baik di billboard, banner atau kain rentang.

Sudah rencah kerajaan, pasti ada yang mempertikai itu dan ini.
Beliau memberi respon segera atas pelbagai isu.
Itu lah Ustaz Azizan.
Tegas dalam tenangnya.

Antara usaha yang amat beliau amat peduli adalah pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Banyak pihak membantah lantaran sumber terhad kerajaan, namun tekad beliau mantap.

Maahad Tahfiz Sains di Langkawi juga di usahakan beliau.
Jelas niat murni membentuk generasi muda Rabbani.
Mnegenal hidup mengenal Illahi.

Hanya ALLAH tempat berharap di samping usaha yang tidak pudar.

Di sisi lain pula..

Kehidupan peribadi beliau banyak di perkatakan orang Kedah. Terkenal 'cengey' atau garang tetapi berhati lembut. Hidup beliau saling tak tumpah seperti rakyat biasa.
Tinggal di rumah sendiri.
Masih berpakaian baju-baju dari kedai biasa. Tak ada yang branded.
Mungkin ini yang sebenar-benarnya mendengar denyut nadi rakyat.

Saya tidak pernah bersua muka dan bertemu mata dengan beliau.
Apatah lagi berbicara langsung.

Tetapi terasa dekat di hati.

Namun ketentuan ALLAH melebihi perancangan manusia.
5 tahun setelah pemerintahan..

Kesihatan beliau merosot di saat lelah jihad Pilihanraya Umum ke 13 masih berbaki.
Kemudian kaki beliau terpaksa di potong. Semuanya mendadak. Bagi mengelakkan komplikasi lebih parah.
Beliau di takdirkan menang di DUN Sungai Limau, tetapi kerajaan PAS Kedah tewas di peringkat negeri.

Sedih kami berganda.

Menangisi kedaan Ustaz Azizan ketika itu.
Menangisi kekalahan kerajaan PAS di Kedah.

Ternyata ALLAH lebih menyayangi Ustaz Azizan di saat kami masih memerlukan beliau.

Kondisi Ustaz semakin parah.
Membawa kepada kematian Ustaz Azizan.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...

Maka hari ini kami menangis lagi..
Menangis kerana Ustaz yang pergi tak akan kembali.
Mendung awan hari ini seakan memahami.


Saya peribadi mula merindui senyuman ini.
Sesungguhnya jihad Allahyarham Ustaz Azizan sehingga mati.
Semoga Ayahanda Allahyarham Ustaz Azizan di tempat yang mulia di sisi Illahi.

Doa dan airmata saya tumpah kerana kasihkan pemimpin seperti mu.
Termaktub sudah. Sampai di sini sahaja urusan mu di dunia.

Terima kasih Ustaz.
Untuk 5 tahun yang bermakna.

Bahagia saya 5 tahun di sini.

Hidup seorang pejuang telah berakhir.
Tetapi perjuangan mu tidak pernah akan berakhir.

Semoga kami bisa menjejaki perjuangan Nabiku sepertimu.



Selamat Jalan Ustaz.....

...

Semoga Jannah menantimu.....

...

.

Al fatihah.


Mimi.
Yang bermastautin di sini...











Wednesday, 25 September 2013

Hobi jadi Bisnes.

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya suka barang-barang comel.
Nampak saje terus nak beli.
Tapi mesti dengan izin Encik Suami.

Saya suka dekorasi.
Kalau boleh nak deco hari-hari.
Cantik Encik Suami pun suka.

Saya suka English Style.
Rumah idaman saya harus English Style.
Harus juga dengan izin Encik Suami.

Dari sekadar suka-suka, saya terjemahkan kesukaan saya ke dalam bidang bisnes. Saya mengilhamkan Galeri Kreatif Impian Mimi. Ini kecintaan saya. Suka benar dekorasi!


Bekas cincin hasil tangan saya.

Galeri Kreatif Impian Mimi ini sudah mencapai umur setahun. Tetapi saya masih belum puas dengan hasilnya. Saya ingin majukan bisnes ini.

Di Galeri Kreatif Impian Mimi, kami menawarkan khidmat:

  • Gubahan Hantaran.
  • Hand bouquet
  • Goodies
  • Cookies Jar
  • Gubahan Bunga
  • Bantal Hantaran
Ini antara hasil kerja tangan saya.
















Masih banyak yang perlu di baiki. Skil dan kreatif belum mantap!

Kepada sahabat pembaca yang sedang tercari-cari khidmat gubahan hantaran atau mana-mana perkhidmatan di atas, jangan malu-malu hubungi saya ya!

Doakan saya berjaya dalam bisnes ini.
Doa saya kembali kepada sahabat pembaca juga.

Mari bersama kita meriahkan dunia perniagaan. Jangan biar kita terus ketinggalan. Kukuhkan ekonomi umat Islam.

Wallahua'lam.

Mimi.
Pencinta dekorasi.





Lagi bayi maut di Pusat Asuhan.

Bismillahirrahmanirrahim...

25 September 2013 | Rabu | Presint 9,Putrajaya.

Saya tidak boleh menahan diri dari menulis tentang kes bayi meninggal di Pusat Asuhan. Kali ini berlaku di Presint 9, Putrajaya. Minggu lalu di entri saya masih segar dengan kes anak meninggal di Pusat Asuhan.

Bayi malang kali ini adalah Muhammad Danish Raykal. Berumur 5 bulan. Paling di kesalkan apabila Ibu dan bapa mangsa hanya di beritahu melalui mesej di akaun Facebook. Berita penuh baca di sini.



Saya ingin mempersoalkan kredibiliti Pusat Asuhan tersebut. Pihak ibu bapa membayar amaun yang banyak untuk kalian menjalankan amanah. Teman-teman saya di Putrajaya memaklumkan bahawa yuran untuk Pusat Asuhan di Putrajaya sekitar RM 280-300 untuk seorang. Dan nisbahnya adalah 1 pengasuh akan menjaga 3 bayi. Pihak Pusat Asuhan juga khabarnya tidak membenarkan ibu bapa melawat ketika waktu bekerja, atas sebab privasi.

Pendapat saya adalah hak Ibu Bapa untuk melihat sendiri kondisi anak mereka di Pusat Asuhan. Tidak ada yang salah bukan?

Saya kecewa dan sedih serta marah dengan tragedi demi tragedi anak meninggal di Pusat Asuhan. Isu ini memalit arang kepada Pusat Asuhan yang lain.

Perlu siasatan dan kajian terperinci terhadap persekitaran, dan pengasuh di Pusat Asuhan.

Namun, bukan semua Pusat Asuhan mengambil mudah. Mereka bahkan menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab. Tetapi apa yang di kesalkan adalah sikap ambil mudah atau take for granted sesetengah Pusat Asuhan.

Kebanyakan kes pula berlaku di mana ibu bapa hanya di maklumkan mengenai keadaan anak selepas meninggal dunia. Atau juga ibu bapa hanya menyedari keadaan anak mereka selepas mengambil mereka di Pusat Asuhan. Apabila di tanya, jawapan standard pihak Pusat Asuhan pula, "Tak Tahu." Semudah itu???

Saya seorang ibu. Saya punya hati. Saya rasa kasihkan anak. Ibu bapa yang lain juga begitu. Bagaimanalah perasaan seorang ibu dan bapa apabila di maklumkan anak sudah meninggal dunia, ATAU ketika mengambil anak, wajah anak kebiruan dan sudah pun terkulai.

Ibu bapa tidak punya pilihan lalu terpaksa menghantar anak ke Pusat Asuhan. Dengan harapan dan amanah yang tinggi.

Saya bersimpati dengan keluarga bayi malang ini. Berikan lah kesabaran kepada keluarganya. Tempatkan lah Muhammad Danish Raykal di tempat yang mulia.

Ameen ya rabbal 'alameen.

Al Fatihah.





Friday, 20 September 2013

Suri rumah kerjaya tertinggi seorang wanita.

Bismillahirrahmanirrahim...

Lagi kes bayi meninggal di pusat asuhan. Saya sedih, marah, geram. Bercampur baur. Hati seorang ibu dan ayah pasti begitu. Tetapi akhirnya kita di ajar redha dan sabar.



Kisah penuh boleh baca di sini.

Di sini saya mula melihat pentingnya untuk ibu menjaga sendiri anak di rumah. Secara intensive care, bukannya part time care.

Anda pembaca berhak untuk bersetuju atau tidak dengan stand saya. Kerana kita semua punya kondisi yang berbeza. Terkadang kita punya pilihan, terkadang sehingga tiada pilihan sama sekali!

Saya kongsikan artikel yang begitu memikat hati sanubari saya. Artikal Saudara Saiful Nang, jurugambar profesional yang aktif menulis di FB berkaitan pelbagai isu. Dan yang lebih menarik, beliau punya hati mulia mewakafkan perniagaan fotografi beliau kepada sebuah rumah anak-anak yatim.

Pembaca di persila baca dan nilai. Sekali lagi, boleh bersetuju atau tidak.


Nabi Muhammad SAW kahwin dengan Saidatina Khadijah pada umur Saidatina Khadijah 40 tahun. Ketika itu nabi berumur 25 tahun. Seperti semua tahu, Saidatina Khadijah menguasai perniagaan di atas bumi Mekah. Dikhabarkan lebih separuh kekayaan Kota Mekah adalah milik Saidatina Khadijah
TETAPI
Selepas berkahwin dengan Nabi, Saidatina Khadijah terus berhenti dan Nabi mengambil alih perniagaan. Saidatina Khadijah wafat tanpa ada apa-apa harta dan tanpa ada apa-apa KOMPLEN itu tak cukup ini tak cukup.
Saya muhasabah diri juga, oleh itu isteri saya akan tamatkan kontrak dengan kerajaan yang menanggung pengajian beliau sebelum ini. Lalu menjadikan Phd dari Cambridge beliau itu bekalan untuk menangani anak-anak dan mengurus rumahtangga. Rugi tak? Baca samai habis untuk tahu rugi ke tidak. Yang rasa saya kaya tak mengapalah…sila semak balik post lama saya sebelum ini yang saya dah tiada apa-apa lagi kerana perniagaan saya pun sudah 100% saya wakafkan dan saya hanya pengurus harta wakaf dan makan gaji sahaja (perniagaan masih seperti biasa, cuma keuntungan tidak masuk saku saya). Automatik, itu sudah bukan alasan lagi.
Tiada orang lain lebih baik menjaga anak sendiri selain dari ibunya sendiri dan anak pula perlukan INTENSIVE CARE dan bukannya partime care sahaja.
Saya mungkin kolot kerana saya mengundur ke belakang. Suri rumah yang bekerja pasti akan jawab yang suami mereka tak mampu dan perlu dibantu. Saya bagi tips sikit
1. Isteri turunkan nafsu handbag baru, baju jenama etc
2. Suami kurangkan nafsu kereta anda
3. Hidup utamakan keperluan
4. Puasakan KEMAHUAN
5. Jika tak mampu, bersabarlah.
6. Jika mampu, bersabarlah.
Orang Jepun secara saintifik dah ikut cara nabi dah. Australian wife dapat elaun kerajaan untuk jadi suri rumah sepenuh masa (tapi kita sanggup ke kena potong CUKAI sampai 40% macam di negara-negara maju?). Orang Jepun, perempuannya mengutamakan anak dari kerjaya. Jadi suri rumah sepenuh masa pada mereka satu kemuliaan.
Wanita ni wajib belajar tinggi-tinggi untuk jadi pendidik terbaik kepada anak-anak. Isu anak meninggal di pusat asuhan ini bukan isu hari ini bukan untuk mengkritik tetapi sebagai pembuka mata kepada yang lain juga termasuk saya sendiri (Takziah kepada keluarga mangsa).
Mungkin ada rasa, rugilah saya jika isteri saya tak bekerja. Gaji pensyarah kanan dah kira gred 50-an dalam kerajaan. 10-15 tahun lagi dah boleh jadi JUSA pula. Jika dikira dari aspek pendapatan, memanglah rugi tetapi ada banyak lagi keuntungannya.
Ok, saya cuma berikan dalam perspektif saya. Jika isteri saya tidak bekerja, anak-anak saya mampu dapat sentuhan personal dari ibunya sendiri dalam pendidikan. Keupayaan pula tinggi, dari isteri saya mampu ajar level tadika sampailah kepada level doktor falsafah kepada anak-anak saya. Saya cuma hilang pendapatan isi rumah sebahagian sahaja TETAPI saya akan dapat bina aset-aset lebih berharga lagi pada masa hadapan iaitu anak-anak saya yang berilmu.
Tapi, bukan sekadar ibu kandung sahaja. Siti Aminah mendidik Nabi dalam masa yang sama juga ada Halimatunsaadiah sebagai ibu angkat. Peringkat awalan perlu ada IBU KANDUNG dan IBU ANGKAT (Ibu susuan). Itu yang saya buat di Rumah Pengasih Warga Prihatin yang mana anak-anak saya juga belajar perkara yang isteri saya tidak mampu ajarkannya melalui ibu-ibu angkat. Sementara itu, isteri saya pula menjadi ibu angkat kepada rakan-rakan anak saya. Itu antara konsep pendidikan yang mahu kita kembalikan kegemilangannya.
Saya berfikir sedikit lebih sebagai pelabur jangkapanjang yang modalnya hanya sedikit kekurangan dalam pendapatan isirumah. Pendidikan SEPERTI MAKANAN HARIAN yang kita rasa lebih sedap jika ibu sendiri yang masak. Betul kan? Makan di restoran memanglah mereka tak kisah kalau ayam yang digulai dah jatuh dalam longkang, mereka masukkan terus dalam kuali pun kita tak perasan. Berbeza jika ibu sendiri yang memasakkan untuk anak dan suami?
Boleh berikan saya satu contoh, tokoh-tokoh hebat dunia yang mempunyai ibu yang bekerjaya di luar? Sultan Mehmet Alfateh? Saladdin? Nabi Daud AS? Nabi Musa? Nabi-nabi? Ibn Khaldun? ada tak?
Hayati ayat ini, berapa ramai antara kita (termasuk saya) masih berkompromi dengan ayat ini?
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً
Dan hendaklah kamu tetap tinggal di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahli rumah, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya (Al Ahzab: 33).
Itu Allah yang firman bukan saya yang cakap. Maka sayapun tak mahulah beralasan. Kalau isteri bekerjaya itu satu yang bagus, pasti kita boleh banyak baca riwayat isteri-isteri nabi dan sahabat yang bekerjaya luar kan? Tetapi kita tak dengar pun cerita itu kan? Tetapi, jangan jumud pula, ada perkara-perkara tertentu yang membenarkan wanita bekerja. Antaranya ialah sebagai guru dan bidan tetapi bukan untuk tujuan bekerjaya. Sekadar mengisi keperluan yang mana lelaki tidak wajar melakukannya (saya pun cari Doktor perempuan nak sambut anak saya bersalin kecualilah dah tak ada langsung doktor perempuan dalam Malaysia ni).
Itu semua kerana…SURI RUMAH ITU JUGA SATU KERJAYA. Lebih mulia dari jadi JUSA ataupun jadi Ketua Pergerakan Politik.
SAIFUL NANG
Pemikir Kolot dan Oldskool
Nilai lah dengan mata hati.

Wallahu a'lam.

Pagi Jumaat indah di Ulu Legong Hot Spring.

Bismillhairrahmanirrahim...

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Pagi Jumaat yang indah.

ALLAH melapangkan waktu untuk kami menghabiskan masa bersama di Ulu Legong Hot Spring, Baling, Kedah. Dah lama saya merancang untuk ke kolam air panas ini. Tapi sentiasa tidak menjadi. ALLAH perancang yang terbaik.

Hari ini tanpa perancangan rapi, kami bergerak ke Baling.

Tujuan utama saya nak relaks kan diri. Dan sejak akhir in pula, saya sering sakit-sakit di bahagian pinggang. Kadang-kadang seluruh badan. Orang kata elok kalau mandi di kolam air panas untuk membetulkan urat-urat dan sendi..

Jadi...

Kami bertolak seawal jam 7 pagi. Singgah sekejap bersarapan. Perjalanan kan masih jauh lagi. Dari Alor Setar, perjalanan di jangka mengambil masa 1 jam setengah. In sha ALLAH kami sampai jam 9. Jika tidak sesat lah!

Alhamdulillah perjalanan dan trafik lancar. Kami tiba seperti dijangka.


Ini pintu gerbang menyambut kedatangan kami. Nampak lengang sahaja. Bimbang tutup pula hari ini. Maklum hari Jumaat kan?

Tapi tidak! Hot Spring di buka seperti biasa. 24 jam. 7 hari seminggu. Cuma hari ini, tepatnya siang hari memang orang tak ramai. Patut lah...

Jadi, kami membeli tiket untuk 2 orang. Insyirah percuma. Belum empat tahun tak perlu bayar yuran masuk.

Tiket dah beli.
Jom masuk!
Saya teruja.

Kami masuk. Dah nampak kolam-kolam seperti yang saya google malam sebelumnya. Pandangan pertama saya tentang tempat ini-BERSIH!

Memang tidak ramai orang hari ini. Termasuk kami hanya 3 keluarga sahaja. Jadi memang best lah! Insyirah juga teruja.

Tak sabar nak masuk kolam.

 Kolam yang mula-mula nampak bila masuk ke tempat ini.
Airnya suam sahaja. Sesuai untuk anak-anak kita.


 Ini kolam kedua.
Juga kolam air suam. Kurang panasnya.

 Lihat aksi ini!
Tak sangka dapat snap gambar ni.

Encik Suami dan Insyirah dah mula masuk kolam.
Excited!

Sesuai sekali kita datang ke sini waktu awal pagi. Cuaca masih sejuk dan dapat pula mandi air suam dan panas, memang terbaik!

Orang pula tak ramai, kita pun tak segan. Boleh berpindah kolam sesuka hati.

Mengikut pekerja di situ, waktu malam hari bermula jam 11 sehingga subuh orang memang ramai.

Saya beri gambaran orang di malam hari. Gambar ini dari uncle google. Selainnya dari kamera saya ya.

Ramai kan?


Ini pula kolam air yang suhunya tinggi. Ada yang mencecah sehingga 50-60 C.


Kami selesa mandi di sini. 
Tengok, tiada orang kan?

Kami menghabiskan masa di sini selama lebih kurang 3 jam. Tak terasa cepatnya masa berlalu. Kami harus pulang kerana ingin mengejar waktu solat Jumaat. Perlu sampai di rumah sebelum jam 1.

Bagi yang datang dari jauh, dan ingin pula bermalam di sini, pihak Ulu Legong Hot Spring ada menyediakan chalet dan rumah rehat. Harga dan bilik ditawarkan adalah pelbagai. Mengikut bajet dan bilangan orang.

 Di belakang kolam tu adalah contoh chalet yang di sediakan.
Pool view.

Chalet ada di atas. Gambar sedikit jauh.
Yang berbumbung putih itu tempat permainan paint ball. 

Seperkara lagi yang saya suka tentang tempat ini adalah bilik air.
Kenapa? BERSIH!
Nak lihat?




Saya mencadangkan tempat ini kepada sahabat pembaca. Tidak rugi. Boleh bawa ibu ayah juga. 
In sha ALLAH di masa dan waktu yang lain, kami akan kembali lagi ke sini bersama ibu ayah dan ibu ayah mertua.

Saya kongsikan view cantik di sini. 





Perjalanan indah. Percutian sebentar yang indah. Syukur ya ALLAH.

Bercutilah!
Masa bersama keluarga adalah momen paling berharga.

Wajah anak ibu yang keletihan mandi.
Dan tak mahu pulang.
Nanti kita datang lagi ya sayang.

Saya kira setakat ini, entri ini paling meriah dengan gambar!
Saya secara tidak langsung mengajak sahabat pembaca berkunjung ke sini.

Jumpa lagi di entri berikutnya ya.

Wassalam.









Wednesday, 18 September 2013

Bisnes Perlu ILMU.

 Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.

Hampir setahun saya mengusahakan bisnes atas talian. Galeri Muslimah Impian Mimi adalah impian saya dalam perniagaan. Ingin membina legasi perniagaan, meluaskan jaringan (networking). Melahirkan ummat Muhammad yang kukuh ekonomi.


Bermulanya bisnes ini adalah kerana MINAT. Apabila ada minat kemudian timbul pula KEPUASAN.

Rupanya minat sahaja tidak memadai. Kepuasan sahaja tidak mencukupi. Bisnes WAJIB ada ILMU.

Tetapi hingga ke saat ini terasa sedikit ilmu bisnes yang di pelajari. Semakin saya membaca nota bisnes, terasa semakin zero. Haishh~~

Saya ingin berniaga seperti Rasulullah.

Maka, saya perlu menggali jejak bisnes Rasulullah. Membaca, membaca dan membaca.

Hari ini saya bertemu nota bisnes dari Pakdi Suzardi M. Beliau adalah pembimbing di Rancang Wang.com. Saya kerap mengikuti perkongsian beliau di web mahupun Facebook. Boleh layari laman Facebook beliau di Pakdi Suzardi.

Nota hari ini Pakdi.

Apabila seorang Ansar bertemu dengan Nabi Muhammad saw di Madinah, memberitahu situasinya, Nabi bertanya apa yang dia ada di rumah?

Kain hamparan lelaki Ansar ini dilelong, dibeli sebanyak 2 dirham dan hasilnya dijadikan modal untuk berniaga dan untuk makan. Modalnya hanya cukup untuk membeli kapak. Dengan kapak itu Nabi suruh pergi cari kayu api. Kayu api itu dijual kepada orang ramai dan mendapat keuntungan 15 dirham.
.

Ini adalah konsep bermula dengan apa di tangan.

Jika kita modal RM 100, berniaga dengan gaya RM 100. Jika kita ada modal RM 100,000 berniaga dengan gaya RM 100,00.

Nabi Muhammad saw tidak buat Bank Ansar untuk membantu orang Ansar hidup di bumi mereka sendiri.

Saya ingin terus belajar ilmu bisnes ini. Saya ingin berjaya dengan ilmu. Saya ingin menguasai Teknik Bisnes Nabi.

Semua orang boleh berjaya dalam perniagaan tetapi tak semua orang boleh berjaya dalam perniagaan yang di sertai dengan ILMU.

In sha ALLAH saya akan terus berkongsi ilmu bisnes dari mereka yang ahli di sini. Sama-sama kita belajar dan terus belajar.

Peniaga yang bertaqwa, berjaya dan berilmu!
Impian saya.

Ya ALLAH, mudahkan...
Ameen.

Serunding Resepi Asli Kg Laut.

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini saya ingin menulis tentang makanan dan bisnes!

Syawal sudah pergi. Kini musim haji bakal tiba pula, bermakna kita bakal menyambut Aidil Adha.

Sambutan hari raya di Malaysia sentiasa meriah dengan juadah yang beraneka. Memandangkan saya orang Kelantan, Serunding pastinya antara juadah yang wajib ada di atas meja.

Serunding paling popular pastinya Serunding Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Jadi baru-baru ini, tepatnya Ramadhan yang lalu, saya membeli Serunding dari adik saya. Bila makan, susah nak berhenti. Rasanya manis-manis pedas!

Makanya, saya mengambil keputusan untuk menjual.

Ada tiga jenis serunding: Daging, Ayam dan Ikan.

Kalau bulan Ramadhan yang lalu, saya dan Encik Suami suka sekali makan sahur dengan kehadiran Serunding daging mahupun ayam. Berselera sekali!
Boleh di makan bersama nasi atau pun roti. Kalau rajin, boleh rebus nasi himpit makan dengan serunding.



Simpan stok serunding di rumah tak rugi. Selain sedap, ianya tahan lama. Boleh pos lagi kepada mereka di luar negara. Serunding kiranya antara makanan popular Malaysia.

Di Kelantan, serunding di makan juga bersama Nasi Tumpang. Tak pernah dengar apa itu nasi tumpang? Ini gambar nya. Saya google untuk pembaca ya!

Nasi Tumpang dahulunya di sediakan oleh surirumah nelayan, sebagai bekal makan kepada suami mereka sebelum turun ke laut. Nasi Tumpang di bungkus secara tradisional menggunakan daun pisang dan lauk pula di letakkan secara selang dengan nasi.


Inilah nasi tumpang. Hanya di Kelate!
Bentuknya seperti kon.

Ini pula rupa Nasi Tumpang.
Nampak sedap!



Baru-baru ni saya sempat memasak untuk Jamuan Aidil Fitri Encik Suami di pejabat beliau. Nasi Himpit + Rendang Ayam + Serunding Daging.



Di Kedah, serunding ikan biasanya di gunakan ketika ingin membuat popiah. Inti popiah di isi dengan serunding ikan. Siapa tak pernah makan, kena cuba. Kalau ketika menonton televisyen, tak sedar popiah serunding ikan mungkin sudah separuh balang habis!

Yummy!

Ini harga jualan Serunding.

Ikan (200gm) = RM 12.
Daging (200 gm) = RM 14.
Ayam (200 gm) = RM 16.

Alhamdulillah jualan ketika Aidil Fitri yang baru lalu sangat memberangsangkan. Jadi saya lanjutkan jualan sehingga Aidil Adha.

Bagi sesiapa yang berminat ingin membeli Serunding, boleh hubungi atau email saya ya. Stok untuk Aidil Adha masih banyak.

Sementara stok masih ada ye!

Wallahua'lam.

Wednesday, 11 September 2013

Ajal kanak-kanak 2 tahun.

Bismillahirrahmanirrahim...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Belum pun hilang kesedihan tragedi kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang Ustazah bersama tiga orang anaknya. Hari ini kisah tragis lagi berlaku.

Kisah sebegini tidak mahu kita dengar, apatah lagi melihat gambarnya. Akan tetapi sudah tersurat beginilah pengakhiran hidup seorang kanak-kanak berusia 2 tahun.


Sayu hati melihat gambar ini. Hiba hati seorang ibu melihat anak sudah terkulai layu.

Walaupun saya tidak mengenali keluarga mereka, namun saya juga seorang ibu. Anak saya juga lebih kurang usia ini. Hati saya terasa luluh dan sebak turut sama berkongsi rasa duka.

Kisah menyayat hati ini berlaku di Ipoh. Jasad kanak-kanak lelaki tersebut di temui dalam keadaan terduduk secara melutut manakala kedua belah tangan memegang sepasang selipar.

Lebih menyedihkan lagi apabila kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengahari itu berlaku selepas abang mangsa yang berusia empat tahun menghidupkan enjin kereta bapanya sebelum kanak-kanak itu memasukkan gear undur.

Tindakan si abang itu menyebabkan kereta jenis Mazda tersebut bergerak secara mengundur lalu merempuh si adik yang ketika itu di belakang kereta sedang mengambil selipar.

Berita penuh boleh baca di sini.



Semoga ibu, bapa serta keluarga mangsa di beri ketabahan dan kekuatan oleh ALLAH swt. Tabah lah hati kalian menerima takdir ALLAH. 

Abang mangsa juga perlu di bantu agar tidak trauma dan perasaan bersalah terus menyelubungi seumur hidup. Umur empat tahun apalah yang dia tahu.

Ambil lah pengajaran. Mari kita doakan kebaikan dan ketabahan buat keluarga ini.

Al fatihah.



Tuesday, 10 September 2013

Suri Rumah sibuk tau!

Bismillahirrahmanirrahim...

Memilih menjadi suri rumah bukan memilih untuk bersenang lenang di rumah. Mungkin ramai beranggapan apabila tidak ke tempat kerja, maka tidak bekerja!

Di rumah pun banyak kerja. Dari sebelum Subuh membawa ke tengah malam.



Saya kongsikan nukilan santai ini ya.
Menarik!

My Wife DOES NOT WORK !!!

Conversation between a Husband (H) and a Psychologist (P):

P : What do you do for a living Mr Bandy?
H : I work as an Accountant in a Bank.

P : Your Wife?
H : She doesn't work. She's a Housewife only.

P : Who makes breakfast for your family in the morning?
H : My Wife, because she doesn't work.

P : At what time does your wife wake up for making breakfast?
H : She wakes up at around 5 am because she cleans the house first before making breakfast.

P : How do your kids go to school?
H : My wife takes them to school, because she doesn't work.

P : After taking your kids to school, what does she do ?
H : She goes to the market, then goes back home for cooking and laundry. You know, she doesn't work.

P : In the evening, after you go back home from office, what do you do ?
H : Take rest, because I'm tired due to all day work.

P : What does your wife do then ?
H : She prepares meals, serving our kids, preparing meals for me and cleaning the dishes, cleaning the house, then taking kids to bed.

Who do you think works more, from the story above ???

The daily routines of your wives commence from early morning to late night. That is called 'DOESN'T WORK' ??!!

Yes, Being Home-makers do not need Certificate of Study, even High Position, but their ROLE/PART is very important!

Appreciate your wives. Because their sacrifices are uncountable.
This should be a reminder and reflection for all of us to understand and appreciate each other’s roles.

All about a WOMAN ....
* When she is quiet, millions of things are running in her mind.

* When she stares at you, she is wondering why she loves you so much in spite of being taken for granted.

* When she says I will stand by you, she will stand by you like a rock.

Never hurt her or take her wrong or for granted...


Sumber: FB Naluri Parenting Cafe.

Jangan memandang Suri Rumah hanya rileks sahaja di rumah.

Bahkan kerja mereka kerja mulia. Kerja mengundang pahala.
Dan wanita yang memilih untuk bekerja juga hebat! Anda layak di gelar superb!



Tambahan pula, sekarang ramai suri rumah memilih untuk menjalankan perniagaan online. Jika kena gaya, kuat semangat, berdisiplin, sabar dan fokus, suri rumah bakal menjadi Usahawati yang berjaya.

Walau apapun kerjaya yang kita pilih, baik bekerja dari rumah atau bekerja di luar rumah. Jadikan kerja-kerja kita itu satu ibadah. Lakukan ibadah dengan penuh amanah.

Jangan lah pula kerja mengundang dosa dan fitnah.
Jangan lah lalai dalam melaksanakan hak ALLAH.
Jadikan setiap langkah ke tempat kerja sebagai benih ke Jannah.

Sabda Rasulullah saw: " Jika dia keluar mencari rezeki untuk anak yang kecil, maka dia berada di jalan ALLAH. Jika dia keluar mencari rezeki untuk ibu bapanya yang tua, maka dia berada di jalan ALLAH. Jika dia keluar mencari rezeki untuk diri sendiri, maka dia berada di jalan ALLAH. Jika dia keluar mencari rezeki dengan perasaan riak dan membangga diri, maka dia berada di jalan syaitan" [Riwayat at-Tabarani]

Wallahua'lam.