Wednesday, 3 September 2014

Bila Hanya Makan Gaji Dianggap Bekerja.

Assalamualaikum.

Kali ini saya terasa ingin bercerita tentang isu makan gaji VS bisnes.



Apabila tamat pengajian di universiti, maka bersedialah wahai adik-adik graduan untuk mendengar soalan ini berulang kali.
"Dapat kerja dah?"
"Minta kerja kat mana?"
"Tak kerja lagi?"
Dan pelbagai.

Adakah matlamat memperoleh segulung ijazah hanyalah semata-mata untuk mendapat pekerjaan.

Masyarakat Melayu begitu sinonim dengan makan gaji.
Sesiapa yang berjaya mendapat kerja, maka dia dianggap bekerja.

Berbeza pula dengan yang memilih untuk berniaga atau bekerja sendiri.
Mereka di anggap tidak bekerja. Hanya kerana tidak keluar pukul 8 balik pukul 5, tidak punch card, tidak memakai uniform pejabat dan lain-lain lagi.

Mentaliti Melayu mungkin begitu.
Perlu makan gaji untuk di anggap bekerja.

Masyarakat Cina sebaliknya. Dari kecil mereka di ajar untuk berniaga. Membantu keluarga di kedai antara perkara yang di lakukan di masa terluang dan ketika cuti sekolah. Rata-rata masyarakat Cina memilih untuk berniaga. Berniaga adalah darah daging mereka.

Ketika ini berniaga bukanlah option ketika tidak mendapat pekerjaan. TETAPI jadikan berniaga itu satu pilihan utama untuk berjaya. Berniagalah! Bahkan kitalah yang mencipta kerja!

Sungguh!
Betapa ramai kita melihat peniaga Melayu muda mula mengorak langkah untuk berjaya. Mulakan dari sikit. Langkah pertama itu yang penting. Kita juga boleh membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

Saya teramat sangat gembira melihat umat Islam berniaga untuk memajukan ekonomi Ummah.
Saya juga memilih untuk berniaga kerana minat yang mendalam dan kebebasan masa bersama keluarga. Untuk berjaya tidak mudah. Tetapi, harus BERMULA!

Walau apapun yang kita lakukan sekarang, hormatilah pilihan setiap individu. Doakan kejayaan dan keberkatan atas setiap yang sedang di usahakan.

Bergembilah dengan apa yang anda lakukan sekarang!



Baik makan gaji atau bisnes, kita tetap bekerja. Yang penting adalah usaha.

Selamat Bekerja!

Mimi,
Pemilik Bisnes Kecil yang bercita-cita Besar.

No comments:

Post a Comment