Tuesday, 23 September 2014

Saya...

Assalamualaikum semua.

Saya hanya seorang Hamba.
Saya seorang Suri Rumah.
Saya seorang Isteri.
Saya seorang Ibu.
Saya seorang Anak.
Saya seorang Menantu.
Saya seorang Kakak.
Saya seorang usahawan online.

Apa lagi ye?
Hmmm..
Dalam senarai di atas, saya nak berusaha lakukan yang terbaik!

Sebenarnya...
Seorang Suri Rumah tidak duduk diam di rumah.
Banyak yang perlu di bereskan.
Anakanda Insyirah belum bersekolah. Saya tidak sibuk di luar menghantar dan mengambil anak.
Belum cukup sibuk agaknya.
Tetapi sangat sibuk di rumah.

Saya tidak betah hanya diam di rumah.
Maka saya melakukan bisnes.

Yang pertama:

Galeri Muslimah Impian Mimi

Ini Bisnes Online pertama yang saya buat. Kenapa bisnes pakaian? Sebab saya sangat suka pakaian. Suka juga membeli. Suka melihat pakaian yang cantik. Suka nak tengok ramai yang memakai pakaian menutup aurat. Maka lahirlah Galeri Muslimah Impian Mimi.

 Galeri Kreatif Impian Mimi

Bisnes ini kerana MINAT. Minat yang mendalam dalam dekorasi gubahan hantaran. Suka lihat hasil kerja tangan yang cantik.


Mamatok Catering

Mamatok Catering adalah ilham kami sekeluarga untuk menubuhkan bisnes keluarga. Sebagai legasi keluarga. Memandangkan Mama saya pandai sangat memasak, dan memasak adalah passion beliau, kami memutuskan untuk menubuhkan Mamatok Catering. Alhamdulillah Mamatok Catering semakin maju dan berkembang di Kelantan. Semua dengan izin ALLAH jua.

My Patchwork

Ahaks!
Bisnes ni baru di mulakan semalam. Sebab apa? Sebab saya suka Cadar Patchwork. Bukan suka sikit, tapi suka yang baaaaaanyak! Jadi, saya pun menjual koleksi Patchwork. Saya bermula dengan menjadi dropshipper lah dulu. Kumpul modal sampai cukup. Kemudian boleh memborong. Doakan saya ye.

Rasa masih belum cukup lagi list ni.
Banyak yang saya nak lakukan. Dengan kudrat yang ada, saya nak kaya, berjaya dan yang penting BERTAQWA.

Allahu musta'an.

Mimi,
Punya bisnes kecil yang berimpian besar.

Wednesday, 3 September 2014

Percutian Singkat Crew Mamatok Catering.

Assalamualaikum semua.
Sihat hari ni?

Alhamdulillah ALLAH masih memberi nafas untuk hidup.


Banner untuk promo. Sempat lagi tu ye!

Penghujung Ogos baru-baru ini crew Mamatok Catering - katering bisnes keluarga telah bertungkus lumus untuk menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan kami. Saya turut serta, travel jauh dari Kedah ke Kelantan atas rasa tanggungjawab.

Setelah selesai semua tempahan, kami merancang percutian singkat. Plan nak ke Tasik Kenyir, di Terengganu. Pagi Isnin kami merancang, malam itu juga kami gerak. Semangat kan? Maka kami kelam kabut mengemas barang-barang untuk di bawa.

Saya di tugaskan mencari penginapan berhampiran Tasik Kenyir. Saya minta pertolongan Mr Google. Hampir 20 nombor saya telefon untuk menempah homestay/chalet/hotel. Tetapi malang sekali, semua fully booked. Menghampiri senja, saya mendapat respon dari sebuah hotel di kawasan Kuala Berang bahawa ada satu bilik kosong. Alhamdulillah!

Inilah hotel tempat kami menginap. Anggerik impian Hotel.



Tetapi, ada satu lagi masalah. Kami tidak dapat mencari kereta sewa yang berpatutan harganya. Memandangkan kami  orang semuanya, kereta perlu lebuh besar. Setelah berbincang, dua adik lelaki saya membuat keputusan untuk menaiki van Vannette Mamatok Catering. What??

Van itu masih elok, cuma usianya dah tua. Tahun 1992 kalau tak silap saya. Saya tak yakin. Boleh sampai ke? Tawakkal sahajalah. Janji kami dapat bercuti!

Selepas solat Isya', tepatnya jam 9.45 malam, kami bertolak dengan doa yang panjang agar ALLAH memelihara perjalanan kami dari sebarang keburukan. Agar sampai dengan selamat, dan kembali dengan selamat. Saya gementar juga ni!

Setelah 4 jam perjalanan, kami tiba di Anggerik impian Hotel. Kami check in pada jam 2. Agak sempit sedikit lah untuk kami 7 orang. Tetapi tak mengapa lah, kami hanya mahu tidur. Esok pagi kami akan ke Air Terjun Sekayu dan Tasik Kenyir. Akan mencari homestay atau chalet lain.

Selamat Malam...

Bersambung...

Bila Hanya Makan Gaji Dianggap Bekerja.

Assalamualaikum.

Kali ini saya terasa ingin bercerita tentang isu makan gaji VS bisnes.



Apabila tamat pengajian di universiti, maka bersedialah wahai adik-adik graduan untuk mendengar soalan ini berulang kali.
"Dapat kerja dah?"
"Minta kerja kat mana?"
"Tak kerja lagi?"
Dan pelbagai.

Adakah matlamat memperoleh segulung ijazah hanyalah semata-mata untuk mendapat pekerjaan.

Masyarakat Melayu begitu sinonim dengan makan gaji.
Sesiapa yang berjaya mendapat kerja, maka dia dianggap bekerja.

Berbeza pula dengan yang memilih untuk berniaga atau bekerja sendiri.
Mereka di anggap tidak bekerja. Hanya kerana tidak keluar pukul 8 balik pukul 5, tidak punch card, tidak memakai uniform pejabat dan lain-lain lagi.

Mentaliti Melayu mungkin begitu.
Perlu makan gaji untuk di anggap bekerja.

Masyarakat Cina sebaliknya. Dari kecil mereka di ajar untuk berniaga. Membantu keluarga di kedai antara perkara yang di lakukan di masa terluang dan ketika cuti sekolah. Rata-rata masyarakat Cina memilih untuk berniaga. Berniaga adalah darah daging mereka.

Ketika ini berniaga bukanlah option ketika tidak mendapat pekerjaan. TETAPI jadikan berniaga itu satu pilihan utama untuk berjaya. Berniagalah! Bahkan kitalah yang mencipta kerja!

Sungguh!
Betapa ramai kita melihat peniaga Melayu muda mula mengorak langkah untuk berjaya. Mulakan dari sikit. Langkah pertama itu yang penting. Kita juga boleh membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

Saya teramat sangat gembira melihat umat Islam berniaga untuk memajukan ekonomi Ummah.
Saya juga memilih untuk berniaga kerana minat yang mendalam dan kebebasan masa bersama keluarga. Untuk berjaya tidak mudah. Tetapi, harus BERMULA!

Walau apapun yang kita lakukan sekarang, hormatilah pilihan setiap individu. Doakan kejayaan dan keberkatan atas setiap yang sedang di usahakan.

Bergembilah dengan apa yang anda lakukan sekarang!



Baik makan gaji atau bisnes, kita tetap bekerja. Yang penting adalah usaha.

Selamat Bekerja!

Mimi,
Pemilik Bisnes Kecil yang bercita-cita Besar.

MH370 Kekal Misteri.


Assalamualaikum.

MH370.
Peristiwa 'kehilangan' yang mengejutkan Malaysia dan dunia amnya.

Saat entri ini di tulis, nasib pesawat MH30 masih kekal misteri.
Hidupkah mereka? Jika hidup, di mana mereka?
Atau telah meninggalkah mereka?
Apa sebenarnya yang terjadi?

Banyak lagi persoalan yang semuanya masih tiada jawapan.

Saya kasihan kepada keluarga yang masih mengharap dan menanti.
Besarnya dugaan ALLAH kepada mereka.

Mudahan mereka terus bertahan dan bersabar dalam mengharungi ketidakpastian ini.
Sesungguhnya semuanya dalam rahsia ALLAH swt.

Terus berdoa dan berdoa.

Pray for MH370.
Dari Mimi dan keluarga.



Hantaran Lagi..

Assalamualaikum.
Ya ALLAH lama nyaa blog ni sepi dan sunyi. Tiada 'mood' untuk menulis. Ada blog tapi malas menulis tu tak bagus. Insha ALLAH akan konsisten menulis di sini.

Ketika penuh sawang di sini, pelbagai peristiwa telah menimpa keluarga saya, tragedi menimpa Malaysia. Semuanya dengan izin ALLAH jua.

Minggu yang sudah saya pulang ke kampung. Biasalah, ketika tempahan katering terlalu banyak, saya akan pulang membantu sedaya yang mampu. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga. Bisnes katering keluarga kami semakin mendapat perhatian dan tempahan pelbagai pihak.

Opps..

Sebenarnya saya di sini ingin berkongsi passion saya dalam gubahan hantaran. Saya di minta oleh ibu saudara untuk menggubah hantaran sepupu yang bakal mendirikan rumahtangga ( sudah selamat pun bernikah ).

Ini lah hasilnya :)







Saya di beri duit untuk membeli semuanya. Tema? Tak kisah kata ibu saudara saya. Sangat simple.

Maka, jadilah begini. Tema Modern English. Warna merah dan putih. Cantik juga gabungan dua warna ni kan? :)

Ada yang berminat?
Boleh hubungi saya tau!

Selamat Pengantin Baru buat Syafiq dan pasangan. Bersabar lah dalam melayari bahtera rumahtangga yang banyak pasang surutnya.