Sunday, 18 August 2013
Pilihan dan Tiada Pilihan.
Pagi menginjak ke tengahari, saya dan anakanda Insyirah berbisnes di Ukir Mall. Begitu lah rutin kami saban minggu. Kadang terasa letihnya. Tetapi saya tetap GEMBIRA!
Berniaga adalah pilihan saya. Saya seronok dan redha dengan pilihan ini. Bila seronok, kita ada passion untuk terus istiqamah!
Anakanda juga sudah mula menunjukkan minat mendalam dalam perniagaan. Paling best katanya, "Ibu, untung tak hari ni?"
Hari ini, saya di pertemukan dengan seorang kakak. Anak beliau 2 orang. Lelaki dan perempuan. Sangat iras pak sheikh Arab! Hensem dan ohsem Anak-anak beliau tidak betah duduk diam. Berlari saje. Kakak tersebut pula nampak sedikit kelam kabut, melayan pelanggan yang masih membeli, walaupun peniaga lain sudah ramai yang mengangkat kaki pulang. Saya memerhati penuh minat.
Sesudah mnengemas barang-barang niaga saya, saya sekadar memberi salam dan menyapa, "kak". Beliau tersenyum, kemudian membalas, "Dik, tunggu sat na.Jangan balik lagi na!" Saya cuma mengangguk. Encik suami sedikit lambat hari ni.
"Dik, ada bisnes kad? Boleh minta satu?".Pinta beliau.
"Oh boleh kak. Saya ambil ye." Saya menyerahkan sekeping kad.
"Mimi dah lama meniaga?"
"Baru 6 bulan kak."
"Kak takdak pilihan. Kena meniaga jugak."
"Boleh tahu, kenapa kak?"
"Suami kak, orang Arab, meninggal. 3 tahun dah. Masa anak kak hak nombor dua ni umoq 4 bulan. Sakit kanser. Kak ibu tunggal. Kena buat jugak lah apa pun. Nak bagi anak sekolah. Susah jugak. Banyak tak reti. Dulu bawak keta tak pandai. Nak buat bisnes internet, kak tak tahu langsung. Ni yang kena keluaq meniaga jugak. Kalau tahu mana-mana program boleh meniaga, habaq na. Kak tak kenai oghang sangat. Ni macam mati hidup smula."
Panjang omelannya. Saya cuba memahami kepayahan beliau. ALLAH memilih beliau kerana beliau mampu. Kerana beliau istimewa.
"In sha ALLAH kak. Yang mana mimi tahu, mimi bagitahu na."
"Terima kasih Mimi." Satu pelukan kasih sayang di berikan kepada saya. Lama.
Saya yakin beliau akan berjaya menjadi ibu yang hebat buat permata hati beliau. Beliau akan berjaya dalam perniagaan. Beliau akan ada kehidupan yang baik. Dengan izin ALLAH.
Pilihan dan tiada pilihan. Itu sudah sunnah dunia.
Pilihan saya perniagaan.
Sedangkan beliau tidak.
Tidak semestinya kita yang melakukan sesuatu dengan pilihan kita sendiri akan lebih berjaya daripada mereka yang tidak ada pilihan dengan apa yang mereka usahakan sekarang.
Hargai hidup.
Hargai pilihan.
Hargai mereka di sekeliling kita.
Terima kasih ALLAH!
Labels:
Cerita Inspirasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment