Sihat hari ni?
Alhamdulillah ALLAH masih memberi nafas untuk hidup.
Banner untuk promo. Sempat lagi tu ye!
Penghujung Ogos baru-baru ini crew Mamatok Catering - katering bisnes keluarga telah bertungkus lumus untuk menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan kami. Saya turut serta, travel jauh dari Kedah ke Kelantan atas rasa tanggungjawab.
Setelah selesai semua tempahan, kami merancang percutian singkat. Plan nak ke Tasik Kenyir, di Terengganu. Pagi Isnin kami merancang, malam itu juga kami gerak. Semangat kan? Maka kami kelam kabut mengemas barang-barang untuk di bawa.
Saya di tugaskan mencari penginapan berhampiran Tasik Kenyir. Saya minta pertolongan Mr Google. Hampir 20 nombor saya telefon untuk menempah homestay/chalet/hotel. Tetapi malang sekali, semua fully booked. Menghampiri senja, saya mendapat respon dari sebuah hotel di kawasan Kuala Berang bahawa ada satu bilik kosong. Alhamdulillah!
Inilah hotel tempat kami menginap. Anggerik impian Hotel.
Tetapi, ada satu lagi masalah. Kami tidak dapat mencari kereta sewa yang berpatutan harganya. Memandangkan kami orang semuanya, kereta perlu lebuh besar. Setelah berbincang, dua adik lelaki saya membuat keputusan untuk menaiki van Vannette Mamatok Catering. What??
Van itu masih elok, cuma usianya dah tua. Tahun 1992 kalau tak silap saya. Saya tak yakin. Boleh sampai ke? Tawakkal sahajalah. Janji kami dapat bercuti!
Selepas solat Isya', tepatnya jam 9.45 malam, kami bertolak dengan doa yang panjang agar ALLAH memelihara perjalanan kami dari sebarang keburukan. Agar sampai dengan selamat, dan kembali dengan selamat. Saya gementar juga ni!
Setelah 4 jam perjalanan, kami tiba di Anggerik impian Hotel. Kami check in pada jam 2. Agak sempit sedikit lah untuk kami 7 orang. Tetapi tak mengapa lah, kami hanya mahu tidur. Esok pagi kami akan ke Air Terjun Sekayu dan Tasik Kenyir. Akan mencari homestay atau chalet lain.
Selamat Malam...
Bersambung...
No comments:
Post a Comment