Wednesday 4 December 2013

Komuniti Pakaian Untuk Kebajikan.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum.

Saat entri ini di nukil, Malaysia sedang di simbah hujan mencurah. Beberapa negeri telah pun di landa banjir buruk. Antaranya Pahang, Terengganu dan Johor.

Mari bersama kita doakan saudara kita yang di timpa bencana agar tabah menghadapi ujian Yang Maha Esa.

Sesungguhnya doa kami bersama kalian. Ini adalah sebahagian ujian dari ALLAH swt.


Saya terpanggil ingin berkongsi satu komuniti kebajikan yang saya baru usahakan di sini. 

Saya terdidik dengan kerja-kerja kebajikan sejak di bangku persekolahan. Kemudian membawa ke alam universiti. Maka, saya sudah sebati dengan kerja kebajikan. 

Tidak lengkap rasanya hidup ini tanpa KEBAJIKAN. Saya pencinta kebajikan. ALLAH.. tetapkan saya untuk terus melakukan kerja-kerja amal, ameen.

Usaha saya ini sangat kecil di banding usaha mereka yang lain.

Tetapi saya mahu mulakan langkah pertama dahulu. Yang kecil pasti menjadi besar. Perlu usaha yang padu di situ.

Segalanya bermula apabila saya mengikuti ibu mertua menghantar pakaian terpakai ke Tikam Batu, Sungai Petani. Saya pernah membaca kisah tempat ini di laman sosial. Tetapi tidak tergerak hati untuk ke situ.


Ini adalah usaha mulia seorang bekas guru, Encik Ghani. Di lakukan secara persendirian di hadapan rumah beliau. Beliau mengalukan sesiapa yang berminat menderma apa sahaja. Dari pakaian sehingga kepada perabot.

Dan yang menarik, orang ramai yang memerlukan boleh mengambil barang sumbangan di sini secara PERCUMA juga. Mengikut kadar keperluan mereka. ALLAH!

Saya mengagumi usaha beliau. SANGAT!

Di sini lah saya kira perlu untuk menubuhkan komuniti maya. Membantu sahabat-sahabat yang mempunyai pakaian atau apa sahaja yang ingin di sumbangkan, tetapi tiada masa dan ruang untuk berbuat demikian. Saya dan suami berbesar hati menerima sumbangan sahabat sekalian, seterusnya kami akan sumbangkan di tempat di atas. Atau di tempat lain yang memerlukan.

Mari kita memupuk sifat suka menyumbang, bukan membuang.

Tanpa kita sedar, sebenarnya berlaku lambakan pakaian yang sudah tidak kita pakai. Atau tidak pernah di pakai pun!

Sedarkah kita betapa ramai saudara kita di luar sana yang memerlukan. Hidup mereka susah. Pakaian mereka sudah lama tidak berganti.

Kita boleh menyumbang. Ya benar. Kita boleh dan mampu.

Antara mahu dan tidak mahu sahaja.


Saya mengalukan sokongan dan sumbangan Sahabat Penamimi.

Pelbagai maklumat lanjut boleh di perolehi di sini.




Mari kita bertatih, berjalan dan berlari bersama dalam keseronokan memberi. Perasaan itu hadir apabila melihat sinar mata mereka yang menerima.

Percayalah!

Mimi,
Pencinta Kebajikan.

Tuesday 3 December 2013

Lantunan Mahabbah Rasulillah 2013.

Assalamualaikum Sahabat pena mimi.

Masha ALLAH sudah lama 'bercuti' menulis di sini. Sedikit sibuk. Dan kekeringan idea.

Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman menyertai majlis Lantunan Mahabbah Rasulillah.

Alhamdulillah. ALLAH melapangkan waktu kami sekeluarga untuk bersama-sama merasai suasana majlis ini.
Buat pengetahuan, Lantunan Mahabbah Rasulillah adalah acara wajib setahun tiga kali diadakan. Di bawah kelolaan Yayasan Paksi.

Majlis ini adalah antara makanan rohani kami di Kedah. Pengisiannya begitu memberangsangkan.

Lantunan Mahabbah Rasulillah kali ini adalah kali ketiga dalam tahun ini.




Acara yang sentiasa mendapat perhatian ialah Malam Kemuncak Mahabbaturrasul dan Festival Qasidah. Pada malam kemuncak, kami di beri tazkirah dari beberapa tokoh Agama, antaranya Professor Azizi Hanafi , Dato' Dr Baderuddin (Mufti Kedah) dan Syeikh Dr Yusri (seorang doktor perubatan juga pakar hadith dari Mesir ).

Alhamdulillah. Sungguh berkobar-kobar rasa hati untuk terus menggali ilmu ALLAH.

 Anakanda Insyirah pula sentiasa teruja dengan Qasidah yang di lantunkan. Mendamaikan jiwa.

Pada kali ini, saya menghadiri Lantunan Mahabbah Rasulillah sebagai tetamu. Sebelum ini, untuk tiga kali sebelumnya, saya membawa diri sebagai pemilik Galeri Muslimah Impian Mimi, dan membuka booth di tapak niaga yang di sediakan. 

Alhamdulillah sambutan sentiasa baik!

Saya merindui untuk berniaga di sini lagi. In sha ALLAH untuk Lantunan Mahabbah Rasulillah akan datang pula.

Saya kongsikan beberapa gambar yang sempat di snap.

Full house di Stadium Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.





Wassalam.
Mimi.